Pages

Kisah Lucu & Teladan

Hi , nurul nak cerita dekat ampa tentang kisah2 lucu tapi boleh menjadi teladan .(cerita dia copypaste je dari blog lain ) Hehehe
BANYAK SANGAT

Tiga orang perompak berjaya merompak sebuah bank di ibu kota.. Apabila sampai di tempat persembunyian... mereka bercadang hendak membahagi-bahagikan wang yang telah dicuri tadi..

"Mari kita bahagikan wang ini secepat mungkin dan terus lari keluar negara..!" kata bos

Tiba2 mereka jadi pening kerana terlalu banyak wang yang ada diatas meja itu dan tidak larat hendak mengira kesemua sekali... 

Tiba-tiba salah seorang dari mereka berkata.."Apa susah2.. malam ni kita tidur aje.. esok pagi kita tengok dalam akhbar.. berapa jumlah wang ini"

MENIRU

Suatu hari, ayah Azam telah dipanggil oleh pengetua sekolah berkenaan kes Azam yang dituduh telah meniru sewaktu peperiksaan. Azam dikatakan sering meniru jawapan rakannya, Azim.

Ayah Azam:Ahh! saya tak percaya anak saya meniru. Apa buktinya cikgu menuduh begitu?

Pengetua:Buktinya, cuba lihat salah satu soalan ini.

Soalan:Namakan salah seorang sasterawan negara?

Jawapan Azim:A.SAMAD SAID

Jawapan Azam:A.SAMAD SAID

Ayah Azam: Laa... jawapan yang sama begitu,sudah tentu boleh berlaku kerana bukan seorang dua murid yang terbabit dalam ujian ini.Sudah tentu ada yang memberi jawapan yang sama.

Pengetua: Baik,cuba encik lihat pula soalan kedua ni. Soalan i mana A.Samad Said dilahirkan! ?

Jawapan Azim:SINGAPURA

Jawapan Azam:SINGAPURA

Ayah Azam:Seperti yang saya katakan tadi,jawapan yang sama antara murid sudah tentu satu kebetulan.Ntah-ntah si Azim yang meniru jawapan anak saya.

Pengetua:Kalau begitu,jawapan yang mereka beri pada soalan ni memang sudah membuktikan bahawa Azam telah meniru Azim.

Soalan:Namakan salah satu novel agung karya A.Samad Said?

Jawapan Azim:MAAF,SAYA TIDAK TAHU.

Jawapan Azam:KALAU KAU TAK TAHU,AKU LAGI TAK TAHU!!!!

3 B

Seorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat..

Pemuda : "Ustaz.. kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya? Sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih... "

Ustaz : "Perempuan yang macammana menjadi idaman kamu?" Pemuda : "Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar, penyayang dan menyintai saya sepenuh hati... "

Ustaz : "Ohhh ... kalau begitu kamu harus melaksanakan petua '3B. 'B' yang pertama adalah 'BERUSAHA'... apakah kamu sudah banyak berusaha?" Pemuda : "Susah terlalu banyak Ustaz... sudah merata tempat saya pergi untuk mendapat seorang gadis.."

Ustaz : "Kalau begitu kamu kena laksanakan 'B' yang kedua, iaitu 'BERDOA' dan juga 'BERPUASA'

Pemuda : "Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang... saya juga akan berpuasa setiap hari isnin dan Khamis ... ."

Ustaz : "Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan "B" yg ketiga."

Pemuda : "Apa itu Ustaz! ?"

Ustaz : "BERCERMIN!"